sudah lebih lima bulan ako tidak masukkan sebarang post dalam blog ini.. kalau ade yang bertanya, ako simply akan jawab 'tak ada masa'.. itu jawapan yang agak benar, mudah, spontan dan licin sahaja untuk ako lafazkan.. sambil baring nak lena pun boleh jawab.. namun hakikatnya, jawapan itu tidaklah benar 100%.. cuma alasan itu ako alaskan untuk kujadikan jawapan, atas pegangan tiap2 soalan ada memerlukan jawapan, paling tidak semata2 sekadar memuaskan hati kawan yang bertanya..
kalau kita telusuri cerita tokoh2 yang berjaya di zaman ini, kita akan dapati mereka sunguh menghargai masa.. masakan tidak, tiap2 apa yang mereka lakukan membawa hasil, atas usaha yang mereka curahkankan.. cuma masa yang menentukan, lama atau sebentar untuk mengutip hasil atas apa yang mereka peruntukankan itu..
disisi lain, mari kita ambil contoh Imam2 besar yang membawa Mahzab masing2 atau perawi Hadith yang meriwayatkan hadith Nabi.. pernah kita tahu berapa banyak kitab yang telah mereka karangkan dan hadith yang telah mereka 'sah'kan sepanjang hidup? kalau kita berfikir mengikut akal logik, kita akan dapati seolah2 mereka tidak akan ada masa untuk menjalani hidup sebagai manusia normal, dek mengkaji atau mengarang.. tidak ada masa untuk berkeluarga, tidak ada masa untuk keluar rumah, tidak ada masa untuk beriadah dan bersosial sekalipun.. aduss..!
kenapa? kita ambil contoh ini:
jika seorang itu diberi peluang hidup selama 60 tahun, dan beliau mengkaji dan menulis 200 kitab sepanjang hidup, serta melakukan perkara itu seawal usia 20tahun.. jadi, beliau akan menghabiskan masa 4o tahun untuk mengkaji dan menulis.. untuk dibuat perhitungan secara kasar, 200 buah kitab yang beliau hasilkan kita bahagikan dengan 40tahun.. kita akan mendapat jawapan 5 kitab pertahun atau 2.4 bulan untuk menyudahkan 1 buah kitab.. betul tak?
ada siapa2 boleh tulis 1 kitab sempurna dan lengkap beserta kajian terlebih dahulu, dengan handwritting yang kemas, tidak ada error alias coretan pada tulisan tangan setebal 200- 300 muka surat umpamanya.. bukan itu sahaja, malah dibuat pula corak yang cantik di kiri kanan halaman dalam masa 2 bulan lebih menggunakan tinta?!?
logiknya, menghasilkan karya begitu menuntut kita sepertimana bayangan di atas-tak ada masa buat kerja lain, melainkan mengkaji dan menulis sahaja..
tetapi andaian kita itu meleset jauh dan salah sama sekali.. Perawi2 hadith dan Imam2 besar yang dimuliakan itu seperti kita juga.. mereka itu manusia, mereka turut menjalani hidup seperti manusia kebanyakan ketika itu, dan mereka diperuntukakn masa yang sama olehNya, 24 jam seperti kita.. pertanyaan timbul, bagaimana pula mereka boleh sehebat itu?
benar. mereka orang yang alim lagi bijak, martabat mereka lain. BENAR. itu tidak dapat kita sangkalkan. tapi dari 1 sisi, kita haruslah berpikir berkenaan MASA, tentang MASA dan MASA yang dihabiskan mereka.. untuk kita jadikan tauladan.. berkata2 harus pada tempatnya, diambil kira keadaan zaman, kepada siapa dan situasi nyata..
jawapannya ialah: nampaknya telah diberi keberkatan atas waktu yang mereka gunakan itu, sehinggakan waktu yang sekejap bagi kita diperanjangkan buat mereka atas jalan yang mereka perjuangkan itu..
untuk menimbulkan 'semak' dalam kepala pembaca2 blog ako, bagaimana pula dengan 1 ungkapan yang pernah ako dengar sebelum ini, yang menyebut: 'sebenarnya masa ini tiada'.. pulak dah, dari dok ada, dah jadi tak ada.. apa macam ni???
wallahualam. nak jawab pun tak pandai.. siapa yang agak2 pandai mohon dijawabkan.
kembali pula ke atas tuan empunya blog, yang hampir 2 semester ( 8 bulan) dipergunakan untuk menghasilkan 1 kajian, namun sampai sekarang pun tak siap2 lagi thesis..
kena dah batang hidung sendiri!
tah, tak cukup masa kot.wahahaha..
-appeciate -
IKLAN: KOPI RADIX HPA
KOPI RADIX ADALAH MINUMAN (HERBA) TERBAIK DI PASARAN KERANA SINERGI 7 RADIX (akar) HERBA. MERUPAKAN MINUMAN TENAGA YANG SEIMBANG
UNTUK BADAN. BERDASARKAN Ilmu Ibnu Sina (Teori 4 Unsur: Tanah, Api, Air, Angin). CUBA DAN RASAI SENDIRI KEHEBATAN DAN KELAZATAN PRODUK KELUARAN 100% Bumiputera Muslim ini. KUALITI DIJAMIN.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
website:http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com
UNTUK BADAN. BERDASARKAN Ilmu Ibnu Sina (Teori 4 Unsur: Tanah, Api, Air, Angin). CUBA DAN RASAI SENDIRI KEHEBATAN DAN KELAZATAN PRODUK KELUARAN 100% Bumiputera Muslim ini. KUALITI DIJAMIN.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
website:http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
INFO HPA:
HPA memperjuangkan PRODUK MAKANAN, PRODUK KESIHATAH (herba) keluaran BUMIPUTERA MUSLIM yang HALAL.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar