Banyak penyakit yang kita hidapi adalah disebabkan makanan. Baik dari segi tabiat makan atau pola makan yang tidak betul.Nabi telah bersabda (lebih kurang bunyinya):'asal penyakit itu dari lambung (perut).'
BENAR.Ilmu Perubatan moden malah mengakuinya.. walhal, sabda itu diucapkan lebih daripada 1400 tahun yang lalu!
antara tabiat makan yang kurang elok dipraktikkan (sepatutnya dielakkan) adalah:
1- makan dengan gelojoh dan cepat.
2- tidak dimulai dengan buah sebagai 'pembuka'
3- beraktiviti sejurus setelah makan.
4- tidur setelah makan.
5- kurang memakan sayur-sayuran dan serat.
sebaliknya kita perlu cuba mengubah kebiasaan itu dengan:
1- kunyah makanan dengan lumat sebelum menelan. Dengan cara ini, perut kita tidak akan terbeban untuk memproses makanan dalam bentuk yang kompleks.Ini juga tutut memudahkan usus menyerap zat2 yang berguna untuk membangun tubuh.
Kita lupa yang katanya Nabi kita telah mengajarkan untuk mengunyah 40 kali sebelum telan.
2- enjin kereta beroperasi dengan cekap dan efisien jika adanya minyak pelincir.Begitu juga dengan saluran makanan kita.
Dengan didahului dengan buah, logiknya saluran yang dilalui buah 'diberikan pelincir'. Jadi, nasi atau makanan keras lain yang melaluinya dapat bergerak dengan mudah. Ditambah pula dengan makanan yang hancur siap dikunyah, penyerapan makanan dapat berlangsung dengan baik.
Sunnah Nabi, makan buah sebelum menjamah makanan keras lain.
3- Makanan mengambil masa 3-5 jam untuk melalui proses penyerapan yang sempurna. Jika terus melakukan aktiviti umpamanya bersukan, proses mengolah makanan akan terganggu. Maka timbulah reflux asid hidroklorik, yang mengakibatkan senak pada bahagian abdomen. Mesti pernah rasa kan..???
4- Tidur setelah makan menyulitkan perjalanan makanan ke bawah.Kerana, jalur saluran makanan adalah tegak bermula dari mulut dan berakhir di anus (dubur).Turun mengikut tarikan graviti. Bila berbaring/tidur setelah makan,kedudukan jalur tersebut menjadi rata. maka susah untuk makanan bergerak ke bawah.
Lagippun, makhluk ciptaan Tuhan yang makan setelah tidur cuma bin*%*ng.
Erkh...!
5- Serat adalah bahan yang tidak dapat dicerna enzim dalam tubuh. Fungsinya adalah mempermudahkan gerakan bahan makan dari mulut ke anus.Hasilnya, kita akan mudah buang air besar. Oat (gandum) dan sayur-sayuran merupakan serat yang baik.
Takdela nanti berejam dalam jamban, sampai retak dinding toilet (sebab tangan dok push dinding,bagi extra energy untuk keluarkan 'geliga')..wahahha..
Ini sudah gue simplyfykan.. tak perlu pakai medical terms yang canggih2, yang penting apa yang disampaikan dapat dimaanfaatkan bersama..
badan sihat, otak cargas,
bila cargas, baru boleh meragaih..!
(meragaih= merayau)
.sigh.
energetic.