IKLAN: KOPI RADIX HPA

KOPI RADIX ADALAH MINUMAN (HERBA) TERBAIK DI PASARAN KERANA SINERGI 7 RADIX (akar) HERBA. MERUPAKAN MINUMAN TENAGA YANG SEIMBANG
UNTUK BADAN. BERDASARKAN Ilmu Ibnu Sina (Teori 4 Unsur: Tanah, Api, Air, Angin). CUBA DAN RASAI SENDIRI KEHEBATAN DAN KELAZATAN PRODUK KELUARAN
100% Bumiputera Muslim ini. KUALITI DIJAMIN.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
website:http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com

25 Mei 2009

Alif Ba Ta, Pak Aji mata buta...







kalau boleh baca statement di atas, sila lanjutkan membaca yang di bawah:

sejak tadika,
kita mula lupa,
kepada orang yang kenalkan huruf A sampai D, ALIF hingga SA..

bila pandai mengeja,
terus kita alpa,
buat mereka yang mengajar kita membaca..

lancar membaca,
sering kita terpedaya,
yang konon2nya kitalah paling juara, berjaya..

saat di menara,
kita bangga riak segala,
sebab kita terus abaikan orang yang mengajar kita mula2- guru kita..


selamat Hari Guru.


terima kasih buat:
bakal2 guru, kepada yang ku anggap guru, kepada mereka yang mengajar/memberi tunjuk ajar/ membimbing, sama ada yang masih hidup kini atau yang sudah meninggal dunia (al- Fatihah)... jasamu dikenang.

p/s:
tengah ingat kembali lagu 'Alif Ba Ta , Pak Aji mata buta......', waktu kat tadika dulu..



- inquisity -

22 Mei 2009

'' hanya tiga orang dalam dunia yang... ''

Hari Ibu jatuh pada tanggal 10 Mei setiap tahun..
mungkin ada diantara kita yang akan meraikan, mengikut cara msing2, bagi mengenang jasa para ibu mereka Ahad lalu.. ako sebut 'MUNGKIN' dan 'AKAN', sebab ako percaya dan yakin tidak semua orang akan celebrate Hari Ibu ini.. yang paling parah, adalah mereka yang baru tahu saat ini, bahawasanya tanggal 10 Mei itu rupa-rupanya adalah Hari Ibu!

untuk menghargai jasa Mak/ Ummi/ Ibu/ Bonda/ Mummy kita.. pasti sebuah kad ucapan atau hadiah, paling tidak wish yang penuh bermakna akan kita sampaikan buat mereka.. setidaknya, biarlah mereka sedar, anak mereka tidak akan pernah melupakan jasa mereka..

namun begitu, pecayalah, sebesar apapun kad ucapan, semahal manapun hadiah yang si anak itu berikan, pasti tidak akan dapat 'membayar' segala jerih perih pengorbanan ibu terhadap kita.. bermula dari saat mengandungkan kita, sehingga kini.. takde nye settle.. sudahlah tidak terbayar, menambah susah ibu bapa lagi ada.. apasal? kita lihat sendiri, ada sahaja mereka yang sudah berumah tangga akan mencari ibu bapa jika berlaku masalah rumah tangga, ada hutang, dan sebagainya.. menambah susah sampai ke tua!

sepatah ungkapan bernilai pernah Ayahanda pesan:
'' hanya tiga orang dalam dunia yang mustahil berlaku kianat kepada kita.. mereka ialah ibu, bapa dan guru (mursyid).''

ini buat paparan sempena Hari Ibu:

when was the last time you hugged your mother?



tidak terlambat untuk menyambut Hari Ibu bagi mereka yang masih belum.

sebuah dakapan hangat buat Bondaku tercinta..


- hugged -

21 Mei 2009

tah, tak cukup masa kot

sudah lebih lima bulan ako tidak masukkan sebarang post dalam blog ini.. kalau ade yang bertanya, ako simply akan jawab 'tak ada masa'.. itu jawapan yang agak benar, mudah, spontan dan licin sahaja untuk ako lafazkan.. sambil baring nak lena pun boleh jawab.. namun hakikatnya, jawapan itu tidaklah benar 100%.. cuma alasan itu ako alaskan untuk kujadikan jawapan, atas pegangan tiap2 soalan ada memerlukan jawapan, paling tidak semata2 sekadar memuaskan hati kawan yang bertanya..


kalau kita telusuri cerita tokoh2 yang berjaya di zaman ini, kita akan dapati mereka sunguh menghargai masa.. masakan tidak, tiap2 apa yang mereka lakukan membawa hasil, atas usaha yang mereka curahkankan.. cuma masa yang menentukan, lama atau sebentar untuk mengutip hasil atas apa yang mereka peruntukankan itu..

disisi lain, mari kita ambil contoh Imam2 besar yang membawa Mahzab masing2 atau perawi Hadith yang meriwayatkan hadith Nabi.. pernah kita tahu berapa banyak kitab yang telah mereka karangkan dan hadith yang telah mereka 'sah'kan sepanjang hidup? kalau kita berfikir mengikut akal logik, kita akan dapati seolah2 mereka tidak akan ada masa untuk menjalani hidup sebagai manusia normal, dek mengkaji atau mengarang.. tidak ada masa untuk berkeluarga, tidak ada masa untuk keluar rumah, tidak ada masa untuk beriadah dan bersosial sekalipun.. aduss..!

kenapa? kita ambil contoh ini:
jika seorang itu diberi peluang hidup selama 60 tahun, dan beliau mengkaji dan menulis 200 kitab sepanjang hidup, serta melakukan perkara itu seawal usia 20tahun.. jadi, beliau akan menghabiskan masa 4o tahun untuk mengkaji dan menulis.. untuk dibuat perhitungan secara kasar, 200 buah kitab yang beliau hasilkan kita bahagikan dengan 40tahun.. kita akan mendapat jawapan 5 kitab pertahun atau 2.4 bulan untuk menyudahkan 1 buah kitab.. betul tak?

ada siapa2 boleh tulis 1 kitab sempurna dan lengkap beserta kajian terlebih dahulu, dengan handwritting yang kemas, tidak ada error alias coretan pada tulisan tangan setebal 200- 300 muka surat umpamanya.. bukan itu sahaja, malah dibuat pula corak yang cantik di kiri kanan halaman dalam masa 2 bulan lebih menggunakan tinta?!?

logiknya, menghasilkan karya begitu menuntut kita sepertimana bayangan di atas-tak ada masa buat kerja lain, melainkan mengkaji dan menulis sahaja..

tetapi andaian kita itu meleset jauh dan salah sama sekali.. Perawi2 hadith dan Imam2 besar yang dimuliakan itu seperti kita juga.. mereka itu manusia, mereka turut menjalani hidup seperti manusia kebanyakan ketika itu, dan mereka diperuntukakn masa yang sama olehNya, 24 jam seperti kita.. pertanyaan timbul, bagaimana pula mereka boleh sehebat itu?

benar. mereka orang yang alim lagi bijak, martabat mereka lain. BENAR. itu tidak dapat kita sangkalkan. tapi dari 1 sisi, kita haruslah berpikir berkenaan MASA, tentang MASA dan MASA yang dihabiskan mereka.. untuk kita jadikan tauladan.. berkata2 harus pada tempatnya, diambil kira keadaan zaman, kepada siapa dan situasi nyata..

jawapannya ialah: nampaknya telah diberi keberkatan atas waktu yang mereka gunakan itu, sehinggakan waktu yang sekejap bagi kita diperanjangkan buat mereka atas jalan yang mereka perjuangkan itu..

untuk menimbulkan 'semak' dalam kepala pembaca2 blog ako, bagaimana pula dengan 1 ungkapan yang pernah ako dengar sebelum ini, yang menyebut: 'sebenarnya masa ini tiada'.. pulak dah, dari dok ada, dah jadi tak ada.. apa macam ni???
wallahualam. nak jawab pun tak pandai.. siapa yang agak2 pandai mohon dijawabkan.

kembali pula ke atas tuan empunya blog, yang hampir 2 semester ( 8 bulan) dipergunakan untuk menghasilkan 1 kajian, namun sampai sekarang pun tak siap2 lagi thesis..
kena dah batang hidung sendiri!

tah, tak cukup masa kot.wahahaha..



-appeciate -

INFO HPA:

HPA memperjuangkan PRODUK MAKANAN, PRODUK KESIHATAH (herba) keluaran BUMIPUTERA MUSLIM yang HALAL.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
http://produkhpa.com/jazzy/
YM : fixx_jazz@yahoo.com
e-mail : jazzy1331@gmail.com