Waktu : 0930
Lokasi : Di sebuah Restoran Mamak, Malaysia
Watak : 1- Gue
2- Si Mamak
script:-
Gue : mapley, sini order!
Mamak : mari2.. yaa boss, apa mau makan..?
Gue : (memandang mamak)
dalam hati: 'bila masa ko jadi staff aku plak!
Mamak : maggi goreng ada, nasi limak ada, tey tarrik..
Gue : aaa.. roti telo brapa harga?
(sebab dah sengkek, tanya harga dulu)
Mamak : sattu ringgiit tujjuh pluh sen..
Gue : hoi, apa pasai banyak mahal???
Mamak : tarala boss.. minyak suddaa banyyak naik
Gue : aiik? u goreng roti canai pakai minyak masak ka minyak petrol??
Mamak : ...

Dalam media massa baik di Indonesia maupun di Malaysia, hangat diperkatakan orang tentang isu kenaikan harga minyak global. Malaysia sendiri mengalami kenaikan harga petrol 78sen seliter, berbanding harga asal RM1.92. Negara pengeluar minyak dunia turut merasai bala ini. Sedia maklum, Negara2 Islam dianugerahi Tuhan dengan khazanah bumi yang tidak ternilai yakni minyak, gas asli dan emas di dasar bumi. Kesalnya, 'harta' bernilai ini dikawal oleh negara penguasa dunia-Amerika. Ia bisa diibaratkan, barang punya kita, orang lain yang jaga.
Minyak mewujudkan pengaruh yang maha hebat kepada kehidupan manusia. Kesan dari perubahan harga minyal global mempengaruhi segenap aspek. Ia malahan mewujudkan rantaian ke peringkat akar umbi. Masakan tidak, hampir semua barang keperluan (sehingga sekecil2 botol minyak Cap Kapak/ Cap Kaki Tiga) mungkin turut naik harga sejajar kenaikan harga minyak.duh..! Mak bapak mula runsing memikirkan uang perbelanjaan seharian keluarga dan pendidikan anak2. Kalau pegawai kerajaan atau swasta di kota metrapolitan berpendapatan ribuan ringgit per bulan dan beranak dua sudah semakin serabut, bagaimana pula dengan orang kampung yang menoreh getah atau membuat bendang , beranak lima hendak hidup? kan makin semak!
Di Indonesia, mahasiswa dan rakyat keluar memprotes kenaikan harga 30% minyak dengan mengadakan demo. Senario ini berlaku di hampir setiap provinsi (negeri jika di malaysia). Harga makanan dan keperluan harian, transportasi dan perkhidmatan mula dinaikkan. Ada aspek yang pada hemah gue wajar dinaikkan harganya pada kadar yang berpatutan kerana tekanan harga minyak. Umpanyanya tambang pengangkutan awam, atas alasan yang boleh diterima- penggunaan bensin. Sebaliknya kalau apak pangkas rambut (tukang gunting) pun nak naikkan caj, apa crita?? Dek karena minyak, banyak manusia setan mula menunjukkan topeng. Mengaut keuntungan atas kesempitan manusia lain yang berkongsi jiwa yang sama.
Rakyat Malaysia turut tidak ketinggalan meluahkan gelora amarah terhadap kenaikan lebih 40% harga minyak. Ada pihak telah merancang untuk mengadakan tindakan yang sama di jalanan. Sebelum bertindak perlu dinilai kesan daripada aksi ini. Di satu sisi, methode itu akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas, aktiviti ekonomi terencat dan menimbulkan anasir2 yang kurang baik dalam perhimpunan yang diadakan. Hasilnya tiada malah sia2!
Kesempitan dan himpitan sosioekonomi membawa kepada usulan CUEPACS agar pekerja disektor awam dibenarkan membuat kerja part time. (Makin ramai la lepasan IPT goyang kaki kat rumah!) Kerajaan membenarkan dengan syarat pekerja seharusnya mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan masing2. Kerajaan sendiri merencanakan langkah2 mengatasi malapetaka ini. Dalam perbahasan Dewan Negara, ada ahli parlimen mengeluarkan usulan agar elaun bulanan menteri2 kabinet dipotong. Alasannya, pemimipin turut harus sama2 berkorban atas kesengsaraan rakyat. Ada pula berpendapat, ketiadaan elemen berlebihan dalam acara2/majlis2 rasmi negara, boleh menyumbang kepada penjimatan uang negara. Reaksi yang rencan diterima dari pelbagai pihak atas setiap saranan tersebut. Adat hidup, ada yang setuju, tidak kurang juga menentang.
Kita sendiri boleh mengubah kebiasaan untuk mengatasi senario sedia ada. Kalau dahulu semuanya dibeli di pasar, mengapa tidak ditanam sahaja kunyit, lengkuas, atau pandan di dalam pasu atau di laman rumah? Jika dulu berkerete (sorang pulak tuh) ke office, naik sahaja pengangkutan awam atau kongsi kenderaan teman sekerja. Sebelumnya, bagi yang acuk ke kedai mamak atau makan di restoran, bawa saja bekal ke tempat kerja. Ini langkah yang boleh kita buat selain merungut dan terus merungut!
So, jika menginginkan harga minyak akan datang yang stabil, mengapa tidak kita saja yang conquer dan kawal minyak dunia? Atau menjawat sebagai prominent authority yang berkuasa mengawal harga syiling 'harta bernilai' itu? Atau menjadi pakar dalam bidang ekonomi?
Mahasiswa bisa mengubah dunia, tidak mustahil untuk itu..
Yeaahhh!
dh macam tulis rencana dalam paper pulak!duh...lantakla blog gue, apa gue kira!
struggle.

1 komentar:
bagus betul la ko bagi kat pekerja kedai mamak tu...mesti sentap org tuh...
Posting Komentar