This one i dedicate special to my dad...
Teringat di suatu ketika...
Ayahanda diundang ke sekolah gua,
Atas alasan tak terduga,
Guru melibas paha,
Membaling buku lewat jendela,
nasib baik xkena muka!
Nakal Anakanda xbuat kerja.
Hadir Ayahanda tenang bersahaja,
Lega Anakanda bakal dibelai dimanja,
Ayahanda dikira peguam bela,
Rupanya anakanda salah sangka,
Lain jadinya, Anakanda still kena,
Buat kali kedua!
Teringat di hari guru tahun yg sama...
Ayahanda datang sekolah serupa,
Membawa hadiah berharga,
Memberi kepada guru cina,
Berpesan padanya, 'Apa mau bikin ikut suka',
asal jgn patah tulang rangka, sebat ja xkena gaya!
Pagi sekolah biasa,
Tengah hari sekolah agama,
Anakanda anggap Ayahanda Singa,
Umpama tiada berasa, Ayahanda tak memberi muka,
Masa besenang seketika tiada,
Hari minggu tuisyen pula!
Asbab duka serta rotan puaka,
Anakanda menjadi patuh dan terjaga,
Peroleh ranking di sekolah rendah cina,
Ayahanda senyum gembira belanja uang ringgit xbekira,
Meraikan anakanda yg berjaya.
Terasa dunia bagaikan syorga!
Teringat masa bermaharajalela...
Anakanda bermain sampai leka,
Tembak-menembak menjadi tentera,
Bila pulang waktu senja,
Ayahanda tunggu di pintu muka,
Berwajah bengis layak Laksamana,
Melebihi pangkat Mejar,
Anakanda tau confirm 'kena'!
Teringat anakanda dihari raya...
Ayahanda beri upah puasa,
Dek puasa sempurna,
Beli kelengkapan sama,
Adil buat Adinda,
Senang buat Kekanda juga,
Xmahu kami bermasam muka.
waktu zaman muda remaja...
Anakanda teringin melihat dunia,
Berjalan xtentu hala, entah kemana2,
Ronda2 kotaraya, bawak kereta sampai pagi buta,
Salam diberi daun xterbuka,
Dekat pasu bunga, macam kera,
Tidurlah anakanda sebagai penjaga istana!
Tamat sekolah asrama...
Sangka Anakanda ilmu penuh dada,
Malas belajar, teringin berkerjaya,
Ayahanda tidak kata ya,
Pesannya nasib di tangan kita,
Agama, bangsa dan negara siapa nak jaga,
Belajarlah putera, merantau seantero dunia!
Dulu...
Anakanda salah menduga,
Merungut menentang segala,
Mujur putera Ayahanda tidak meronta,
Menjadi pendekar binasa rakyat jelata,
Kini baru terasa,
Keras Ayahanda ada hikmahnya,
Bila menginjak dewasa...
Baru Anakanda terjaga dari lena,
Rupanya hidup tidak begitu rupa,
Tidak indah dan mudah sahaja,
Bukan senang umpama sang raja,
Ilmu itu pusaka,
pengubah diri dihari muka!
Jujur Adil Ikhlas Sabar itu harus ada,
Pesan Ayahanda menjadi senjata,
Tindakan Ayahanda menjadi penyala,
Sehingga lahir Insan Kejora,
Menerangi anak sidang manusia,
Penyuluh ummat nyata dan fana.
thanx you so much dad, in raising me n givin me d education..
i really appreciate it! Moga Ayah sihat sejahtera dan berbahagia selalu hendaknya...Happy Father's Day !!!
Inherite.

1 komentar:
wah ok dowh...tulaa org tua kita makin ari makin tua....besok luse kita plak yg jage diorng....huhuhuh...:)
Posting Komentar